About Me

My photo
perak, Malaysia
my name is noor fadhilah binti nordin. my birthday on 27th of october 1989.. i live at sungkai, perak but i was born at kota tinggi, johor. i have seven siblings who are all girls (^_^)it's very special right.. i start to fall in love in chemistry since i was studied at matriculation..and i hope i can be an excellent chem's student..insyaAllah (^_^)

chemist

chemist

Thursday, October 22, 2009

visi & misi

visi dan misi upsi

teachers


Teachers
Paint their minds
and guide their thoughts Share their achievements
and advise their faults

Inspire a Love
of knowledge and truth
As you light the path
Which leads our youth

For our future brightens
with each lesson you teach
Each smile you lengthen
Each goal you help reach

For the dawn of each poet
each philosopher and king
Begins with a Teacher
And the wisdom they bring

falsafah pendidikan saya

sebagai seorang bakal pendidik..saya juga mempunyai falsafah yang akan dipegang dan menjadi fokus dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru..
  • menjadi seorang guru yang patuh pada falsafah pendidikan kebangsaan serta falsafah pendidikan guru.
  • menjadi seorang insan yang patuh pada ajaran agama dan menjadi warganegara yang setia kepada negara.
  • menjadi guru yang berjasa kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya.
  • menjadi seorang guru yang mesra, mudah didekati oleh para pelajar, guru-guru lain serta masyarakat dan dihormati.
  • menjadi insan yang sentiasa belajar dan tidak sombong untuk mendapatkan ilmu baru. tidak mustahil pelajar akan memberi pelajaran baru kepada gurunya. saya perlu bersedia ke arah tersebut.
secara keseluruhannya, saya ingin menjadi seorang guru dan seorang insan yang berjaya dalam segala aspek.. (^_^)



career development

tugas sebagai seorang guru bukan satu kerjaya yang mudah..insyaAllah sebagai seorang insan yang akan bergelar seorang guru dalam masa tiga tahun dari sekarang, saya akan berusaha untuk menjadi insan yang cemerlang di sini seterusnya menjadi guru yang cemerlang dari segala aspek. saya ingin menjadi seorang guru yang mampu melahirkan insan yang berjaya dari segala aspek merangkumi intelek, jasmani, rohani dan emosi. saya ingin menjadi guru yang mesra dengan pelajar, mudah didekati dan dihormati oleh para pelajar. saya bukan sahaja ingin mengajar ilmu pengetahuan berasaskan akademik, malah mahu memimpin mereka dalam meniti kehidupan.

insyaAllah sekiranya mempunyai rezeki dan kemampuan, saya ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi untuk mengambil master dan menjadi pensyarah..seterusnya saya ingin melanjutkan lagi pengajian sehingga ke peringkat Phd..insyaAllah.

saya berharap dengan kejayaan yang diperoleh, saya ingin berbakti kepada semua guru, pensyarah serta semua pendidik yang telah mendidik saya sejak kecil hingga dewasa di samping menabur jasa kepada tempat saya dididik dan berjasa kepada masyarakat. namun apa yang lebih penting, sebagai seorang anak..ibu bapa harus diutamakan dalam apa jua keadaan..semoga saya dapat menunaikan hasrat dan harapan mereka untuk melihat anak-anak mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna dan berjasa. jika saya tidak dapat menunaikan hasrat mereka untuk melihat anak yang mengikut jejak langkah ayah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara lebih awal seperti yang mereka harapkan..saya berharap agar saya mampu untuk melaksanakannya suatu hari nanti..insyaAllah..kerana ia juga merupakan impian saya..

semoga setiap langkah dan perjalanan dalam usaha hidup ini diiringi dengan doa dari insan-insan yang mengharapkan.. (^_^)

"success is a journey...
not a destination"

Why God Made Teachers

When God created teachers,
He gave us special friends
To help us understand His world
And truly comprehend
The beauty and the wonder
Of everything we see,
And become a better person
With each discovery.

When God created teachers,
He gave us special guides
To show us ways in which to grow
So we can all decide
How to live and how to do
What's right instead of wrong,
To lead us so that we can lead
And learn how to be strong.

Why God created teachers,
In His wisdom and His grace,
Was to help us learn to make our world
A better, wiser place.

WHEN YOU THOUGHT I WASN’T LOOKING

When you thought I wasn’t looking, you displayed my first report, and I wanted to do another.

When you thought I wasn’t looking, you fed a stray cat, and I thought it was good to be kind to animals.

When you thought I wasn’t looking, you gave me a sticker, and I knew that little things were special things.

When you thought I wasn’t looking, you put your arm around me, and I felt loved.

When you thought I wasn’t looking I saw tears come from your eyes, and I learned that sometimes things hurt--but that it’s all right to cry.

When you thought I wasn’t looking, you smiled, and it made me want to look that pretty too.

When you thought I wasn’t looking, you cared, and I wanted to be everything I could be.

When you thought I wasn’t looking--I looked...and wanted to say thanks for all those things you did when you thought I wasn’t looking.

spreadsheet

spreadsheet adalah dokumen yang mengandungi sesuatu kajian atau eksperimen yang dijalankan di mana terdapat kaedah yang dilakukan, data yang diperoleh, direkod dan dianalisis serta hasil yang diperoleh. dokumen yang dihasilkan melalui spreadsheet ini mempunyai kelebihan dalam meningkatkan kefahaman seseorang individu khususnya bagi pelajar. jadi, guru seharusnya menggunakan kaedah ini yang mana dapat menarik minat pelajar serta meningkatkan kefahaman mereka. oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan. data yang direkodkan boleh diubahsuai atau ditambah dengan mudah. di samping itu, penganalisisan data atau keputusan sesuatu eksperimen dapat dilakukan dengan mudah dan sistematik. sebagai contoh, graf yang menunjukkan hasil eksperimen dapat dihasilkan dan ditunjukkan melalui excel worksheet. sebagai seorang bakal guru, spreadsheet ini amat wajar dipelajari dan diaplikasikan khususnya untuk masa depan sebagai seorang guru..

google docs & scribd


google docs dan scribd digunakan untuk memasukkan dokumen ke dalam blog. pelbagai dokumen boleh di'upload' dan 'publish' di dalam google docs dan scribd ini seperti dokumen dalam bentuk word, presentation menggunakan power point dan sebagainya. namun yang demikian, tidak semua jenis dokumen boleh dimuat masuk..ianya bergantung kepada format penulisan dan jenis dokumen yang digunakan. kaedah atau cara untuk kita memuat naik dokumen ke dalam google docs dan scribd ini mudah untuk dipelajari dan difahami. apa yang perlu adalah membuka akaun peribadi terlebih dahulu seterusnya barulah proses untuk memuat naik bahan tersebut boleh dilakukan. kita hanya perlu klik untuk 'upload', seterusnya pilih dokumen yang ingin dimasukkan..kemudian publish..dokumen selesai di'publish' dalam scribd atau google docs..dapatkan link yang diberi, copy dan paste pada post di blog kita..mudah dan senang.. (^_^)



Wednesday, October 21, 2009

simulation

simulation merupakan satu kaedah yang menggunakan aplikasi dari komputer untuk menunjukkan model yang diaplikasikan dari kejadian yang sebenar. lebih jelas dinyatakan dalam bentuk penghasilan video sebagai contoh prosedur sesuatu eksperimen yang ingin dijalankan. guru boleh menayangkan video tersebut kepada pelajar supaya mereka lebih memahami proses yang berlaku. kaedah ini mempunyai banyak kelebihan seperti mampu menunjukkan perkara yang sukar dilakukan di makmal sekolah seperti eksperimen yang berbahaya atau terlalu lama. simulation juga digunakan untuk menerangkan sesuatu konsep dengan lebih jelas. di samping dapat meningkatkan kefahaman pelajar, kaedah ini mampu menarik minat dan perhatian para pelajar untuk belajar dan melaksanakan tugasan yang diberikan. sebagai bakal guru, kaedah ini merupakan salah satu kaedah atau bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah mengajar supaya pelajar lebih tertarik dan pengajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.


Tuesday, October 20, 2009

dasar pendidikan negara

picasa

picasa merupakan satu pelajaran baru untuk saya..menarik~ picasa merupakan satu software yang digunakan untuk mengedit gambar..pelbagai aplikasi boleh digunakan melalui picasa..gambar boleh diedit dengan pelbagai cara..sama ada dari segi pencahayaan, menambah kesan sampingan..juga boleh menambah text dalam gambar tersebut. di samping itu, picasa juga boleh menghasilkan gambar yang boleh dijadikan seperti video serta pelbagai lagi kegunaannya yang mampu menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.. software ini amat mudah untuk diperolehi..hanya perlu didownload secara percuma dari internet.. picasa ini mudah untuk dipelajari cara penggunaannya, jadi ia dapat membantu dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. aplikasi picasa yang menarik ini mampu menarik minat pelajar untuk belajar, mencuba serta menggunakannya di samping guru boleh menggunakannya sebagai salah satu bahan yang digunakan dalam persediaan menyediakan bahan mengajar.



cubalah untuk menghasilkan gambar yang menarik.. (^_^)

Monday, October 19, 2009

CamStudio


camstudio merupakan satu software yang digunakan untuk merakam dan merekod sebarang aktiviti yang terdapat pada skrin komputer. ia juga mampu merekod aktiviti audio pada komputer tersebut. software ini boleh diperolehi secara percuma dari internet dengan hanya perlu di'download' dan seterusnya boleh digunakan sebarang aplikasinya. aplikasi penggunaan camstudio ini mudah difahami dan dipelajari. sebagai seorang bakal pendidik, amat wajar saya mempelajarinya sebagai salah satu cara penyampaian dalam sesi pengajaran. penggunaan software ini dapat meningkatkan kreativiti dalam proses penyampaian maklumat. video yang telah dirakam lebih awal hanya perlu dimainkan tanpa perlu melakukan sebarang aktiviti lain atau bersuara semasa menyampaikan maklumat. keunikan software ini mampu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah di mana mereka akan menjadi lebih aktif dan teruja dalam menyampaikan maklumat di dalam bilik darjah.


try to make a video on your own.. (^_^)

cooliris


cooliris juga dikenali sebagai piclens..software ini amat mudah untuk diperoleh..hanya perlu download secara percuma dari internet dan seterusnya boleh digunakan. cooliris merupakan satu perisian yang menarik..ia digunakan untuk menyampaikan persembahan dalam bentuk pembentangan..ianya adalah seperti pembentangan dalam bentuk power point namun cooliris mempunyai ciri-ciri yang lebih istimewa. bentuk penyampaian dengan menggunakah cooliris ini adalah menarik dan kreatif. slide yang dihasilkan dalam power point boleh ditukar kepada format gambar seterusnya dimasukkan dalam perisian cooliris ini. dengan mengaplikasikan penggunaan cooliris preview iaitu sebuah aplikasi yang memperlihatkan preview dari sebuah link tanpa perlu mengklikkan link tersebut dan membukanya pada window atau tab yang baru serta tidak meninggalkan halaman link tersebut. pengaplikasian ini sangat membantu terutamanya apabila mencari fail gambar dan sebagainya. namun yang demikian, cooliris ini hanya boleh digunakan sekiranya terdapat sambungan internet..dalam zaman yang moden ini, internet tidak menjadi masalah kerana wireless terdapat di mana-mana di samping penggunaan broadband yang mudah didapati. cooliris ini dapat membantu proses pengajaran bagi guru di samping ia dapat menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran mereka.


smart board ~ a beginner's guide

guide for a beginner

smart board

smart board merupakan salah satu alat bantu mengajar yang mengaplikasikan penggunaan teknologi yang canggih dalam proses pengajaran dan pembelajaran. sebagai
seorang bakal pendidik, wajarlah untuk saya mempelajari penggunaan smart board ini untuk
diaplikasikan semasa mengajar nanti..insyaAllah..semoga pengajaran akan menjadi
lebih berkesan dan bermakna. smart board mampu menarik minat pelajar untuk belajar kerana cara penggunaannya yang unik dan menarik. di samping itu, ia juga dapat memudahkan
proses pengajaran guru kerana ia dapat digunakan dengan hanya menulis serta menyentuh, seterusnya bahan tersebut dapat disimpan dengan mudah. ia adalah sangat mudah jika dibandingkan dengan papan putih yang biasa digunakan pada masa kini. penggunaan
smart board yang menggunakan teknologi ini dapat membuka mata masyarakat khususnya pelajar tentang kepentingan ICT dalam kehidupan yang semakin maju ini.


try it... (^_^)

ingatan buat guru


Apakah yang paling membahagiakan hati seorang guru sepanjang hidupnya?

Apabila seorang bekas murid berusaha untuk bertemu dengan bekas gurunya. Apabila seorang bekas murid berusaha untuk mengingatkan jasa dan pengorbanan guru terhadap dirinya. Apabila bekas muridnya masih tidak melupakankan jasa bekas gurunya.

Guru hanya meminta bekas anak muridnya mendoakan kebahagian dan kesejahteraan hidupnya, didoakan oleh bekas-bekas anak muridnya.

Itulah yang paling membahagiakan.

Kata-kata seperti

" cikgu, saya masih ingat jasa dan pengorbanan cikgu. Terima kasih atas semua "

Kata - kata seperti itu benar - benar membuatkan hidup seorang guru dirasakan berbaloi setelah berhempas pulas mendidik, melihat hasil didiknya, tetapi masih mengenangkan pengorbanan seorang guru BIASA yang sudah tua dimamah usia.

Sudahkah kalian mencari bekas guru-guru kalian dan mengucap rasa terima kasih kalian? Lakukanlah, nescaya pasti mereka tersentuh dan bangga menyelubungi jiwa.

Friday, October 16, 2009

video of simulation

galvanic cell

simulation

height="500" width="100%" > value="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf?document_id=21107275&access_key=key-1r942fo36bws9ny6j1ms&page=1&version=1&viewMode=">

Thursday, October 15, 2009

create a blog

this is the first time i create my own blog (^_^) ..what is blog?
why it become something special for it's owner?.....

for me..blog is a medium for us to show anything we like..we can express about ourselves to people..we can say anything and show our feelings..we can sharing it with others..

blog is the way for us to give our opinion on something in our way..it is an application of technology for people to share their experiences and give their opinions..no right and no wrong..just post them in the blog..~

butterfly lesson

Wednesday, October 14, 2009

falsafah pendidikan sains

"Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi."

Jelas dilihat berdasarkan falsafah ini bahawa negara ingin mewujudkan masyarakat yang berbudaya sains dan teknologi. Selain daripada melahirkan saintis dan teknorat, ia juga secara langsung dapat memajukan negara . Oleh yang demikian, individu secara keseluruhannya perlu celik sains dan teknologi. Maka dari itulah pendidikan sains yang dirancang adalah berteraskan proses, hasil dan sikap yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kini. Ia adalah sehubungan dengan modal insan yang termasuk dalam agenda untuk Rancangan Malaysia ke-9

Sunday, October 11, 2009

falsafah pendidikan guru (FPG)

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

falsafah pendidikan kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
"Kementerian Pelajaran Malaysia 1996"

Monday, October 5, 2009

spreadsheet

height="500" width="100%" > value="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf?document_id=20642327&access_key=key-2i70ui87shb5sxk32jqo&page=1&version=1&viewMode=">

spreadsheet

http://www.scribd.com/share/upload/16437887/2lb5vv1yk91jo7hz20h1

smart board

using picasa

~ lagu bersama ~