About Me

My photo
perak, Malaysia
my name is noor fadhilah binti nordin. my birthday on 27th of october 1989.. i live at sungkai, perak but i was born at kota tinggi, johor. i have seven siblings who are all girls (^_^)it's very special right.. i start to fall in love in chemistry since i was studied at matriculation..and i hope i can be an excellent chem's student..insyaAllah (^_^)

chemist

chemist

Thursday, October 22, 2009

career development

tugas sebagai seorang guru bukan satu kerjaya yang mudah..insyaAllah sebagai seorang insan yang akan bergelar seorang guru dalam masa tiga tahun dari sekarang, saya akan berusaha untuk menjadi insan yang cemerlang di sini seterusnya menjadi guru yang cemerlang dari segala aspek. saya ingin menjadi seorang guru yang mampu melahirkan insan yang berjaya dari segala aspek merangkumi intelek, jasmani, rohani dan emosi. saya ingin menjadi guru yang mesra dengan pelajar, mudah didekati dan dihormati oleh para pelajar. saya bukan sahaja ingin mengajar ilmu pengetahuan berasaskan akademik, malah mahu memimpin mereka dalam meniti kehidupan.

insyaAllah sekiranya mempunyai rezeki dan kemampuan, saya ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi untuk mengambil master dan menjadi pensyarah..seterusnya saya ingin melanjutkan lagi pengajian sehingga ke peringkat Phd..insyaAllah.

saya berharap dengan kejayaan yang diperoleh, saya ingin berbakti kepada semua guru, pensyarah serta semua pendidik yang telah mendidik saya sejak kecil hingga dewasa di samping menabur jasa kepada tempat saya dididik dan berjasa kepada masyarakat. namun apa yang lebih penting, sebagai seorang anak..ibu bapa harus diutamakan dalam apa jua keadaan..semoga saya dapat menunaikan hasrat dan harapan mereka untuk melihat anak-anak mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna dan berjasa. jika saya tidak dapat menunaikan hasrat mereka untuk melihat anak yang mengikut jejak langkah ayah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara lebih awal seperti yang mereka harapkan..saya berharap agar saya mampu untuk melaksanakannya suatu hari nanti..insyaAllah..kerana ia juga merupakan impian saya..

semoga setiap langkah dan perjalanan dalam usaha hidup ini diiringi dengan doa dari insan-insan yang mengharapkan.. (^_^)

"success is a journey...
not a destination"

1 comment:

  1. When it comes to education, select the course or diploma based on market demand and your own interest. Also you can grab high paying jobs by doing Advanced Diploma courses.

    Thank you for sharing such an amazing post on education.

    ReplyDelete

smart board

using picasa

~ lagu bersama ~